<body> introducing..ALTER EGOS..BEWARE!! uve been warned.. <body>
Nov 27, 2007

2dae has been so cool!!!our face klua kat berita harian!!!muka stoink sey me..but wad d heck..i cant believe im in d news!performance's dis wk..cant wait!!a bit nervous..but excited as well.. =D

here is d article..

TEROKA POTENSI DIRI

Belia berpeluang kongsi pentas dengan penari profesional
OlehNorman Sawi

MEREKA menaruh impian untuk berdansa di hadapan khalayak ramai di pentas antarabangsa.Sebenarnya, pelajar sekolah menengah ini lebih peka membuat persembahan percuma di sekolah semasa konsert atau majlis keramaian sahaja.

Berdansa di hadapan ratusan penonton di Esplanade sama sekali tidak timbul dalam akal fikiran mereka.Namun impian Nur Ain Jamali dan Habibillah Kamarudin, kedua-duanya 15 tahun akan menjadi kenyataan Sabtu depan apabila mereka berkongsi pentas dengan penari profesional daripada syarikat dansa kontemporari, Arts Fission, dalam acara dansa Tiger Burning - A Young People's Rock Wayang.

'Saya rasa gembira tapi pada masa yang sama berasa agak gerun juga,' kata Nur Ain, pelajar menengah tiga daripada Sekolah Menengah Juying.

Sebaliknya, Habibillah menunjukkan keyakinan diri yang lebih tinggi.

'Saya tidak takut. Cuma rasa tak sabar menunggu seminggu bagi persembahan bermula,' ujar pelajar menengah tiga di Sekolah Menengah Hong Kah itu.

Keyakinan diri yang utuh itulah yang hendak dipupuk dalam belia yang menyertai projek DanceEdge (PDE), menurut jurucakap Arts Fission, Cik Elysa Wendi.

'Menerusi dansa, kami mahu memupuk nilai seperti disiplin diri dalam naluri belia ini.

'Selain daripada itu, kami juga ingin melatih mereka supaya boleh menumpukan perhatian penuh kepada sesuatu tugas dan memberikan komitmen sehingga ia selesai,' ujar Cik Elysa.

PDE melibatkan belia dan kanak-kanak daripada Beyond Social Services, Viriya Welfare Services, Singapore Children's Society (Jurong Youth Centre) dan Boys' Town.

Mereka perlu menghadiri bengkel dansa dan kelas tarian yang bermula April lalu.Persembahan Tiger Burning ini adalah aktiviti kemuncak PDE yang turut disokong oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan (MCYS).

Menurut pengarah artistik Arts Fission, Cik Angela Liong, PDE telah pun membuahkan hasil yang berharga bagi kedua-dua peserta dan jurulatih.

'PDE adalah sebuah pengembaraan mencari keberanian dan keyakinan diri seseorang belia.

'Dari segi ini, proses PDE lebih mustahak daripada acara kemuncaknya.

'Jurulatih saya telah mengembangkan pengalaman mereka dengan bekerjasama dengan peserta projek yang akan diulangi tahun hadapan nanti,' ujar Cik Liong.

Tiger Burning berlangsung selama dua hari di Studio Teater Esplanade.

Tiket berharga $35 boleh diperolehi daripada Sistic.

Anda juga boleh menaja tiket untuk kanak-kanak kurang berkemampuan dengan harga $105 untuk lima tiket.

Telefon 6238-6469 untuk keterangan lanjut.



♥ FRIENDS

..adEEk.. ..beauties sec 3 ihsan.. .."hunks" sec 3 iman.. ..alterEgos.. ..shahadah.. ..azmi.. ..izan.. ..esley.. ..alyssa.. ..weisin.. ..kerina.. ..jasmine.. ..james.. ..liyoung.. ..jiayan.. ..wenting.. ..jianliang.. ..fithri.. ..akif.. ..khaiE1.. ..carebear.. ..huihui.. ..meiyu.. ..danielle.. ..shuhui.. ..atyra.. ..azlan.. ..nadyra..

♥ LEAVE ME A TAG

Put your tag board here!

Free shoutbox @ ShoutMix

♥ ENJOY!!!